Daisypath Anniversary tickers

MERAPU MERABAN :)

Views


: to bloggers and followers :

Tika dan saat ini, saya duduk sendirian. Di tempat yg kita jalani hari istimewa semalam. Sgt manis, dan saya mula merinduinya syg. SUMPAH, tiap masa wajah awak bermain di fikiran saya. Betapa sy rindukan kemesraan kita semalam. Saya teringatkan senyuman manis yg awak ukirkan untuk saya. Gelak tawa awak. Saya menangis saat saya coretkan tulisan puitis yg baru saya pelajari ini. Dan saya ingin mencoretkan di suatu tempat istimewa selain lubuk hati saya. Ye, BLOG sy. Diari online saya, dimana itu lah tempat saya untuk meluahkan segala rasa yg terbuku didalam dada.

Alhamdulillah, kita mula terasa bahagia sekarang. Saya dpt rasa perubahan drastik awak yg mula mendengar kata-2 saya. Sayang, itu perkara yg paling saya dambakan dari awak sejak dulu lg. Saya sayangkan awak, sepenuh hati saya. Macam mana saya lembut melayan semua kerenah awak semalam. Akhirnya, semua ini berbaloi. Saya gembira menjadi salah seorang tempat untuk meminjamkan bahu kala awak menagis bagai si kecil yg kehilangan barang permainan. Awakk, saya bersyukur kerana Allah kurniakan lelaki yang InsyaAllah boleh membimbing saya.

Memang awakk tak sesempurna lelaki pilihan mana-2 gadis. Tapi, masih terselit sifat kepimpinan awak. Dari dulu saya terasa mengenainya. Awakk seorang yg cukup didikan agama. Tetapi, faktor dan keadaan persekitaran awak yg membuatkan awak tak sepenuhnya menjadi tarikan gadis-2 lain. Kasih saya tak kan berubah untuk awakk. Akan kekal untuk selamanya. Saya menagis, terharu dgn perubahan yg awak da buad. Awak hantar saya dgn linangan air mata semalam. Saya terharu kerana saya rasa saya da buad perangai paling melampau selama ni. Awak banyak bersabar dgn saya.

Saya serik untuk diduakan. Mungkin jarak jauh memisahkan kita, membuatkan awak kesunyian dgn kesibukan tugas saya sebagai seorang pelajar. Maafkan saya sayang. Maaf sebab masa awak hantar balik tu, saya tak toleh belakang langsung. Saya takut saya tak kuad nak berpisah dgn awakk. Tapi saya gembira, setelah sekian lama awak tak genggam tangan saya, semalam awak genggam dan kucup tangan saya. Seperti biasa, awakk akan cium ubun-2 saya. Tanda perpisahan kita. Tak tahu bila kita akan ketemu lg. Masa, jarak dan kesibukkan menghalang kita untuk berjumpa.

Seperti yg saya lafazkan di telinga awakk saat kita bersama semalam, saya percaya. Awakk akan berubah. Macam mana awak perlukan saya, saya juga perlukan awak. Walau hati saya pernah terluka, terguris dan hancur disebabkan awak, tapi awak bagi semula penawar tu. Terima kasih cinta. Tiap solat saya tak lupa doakan kebahagiaan kita bersama untuk selamanya. Awakk, saya nak awak tahu. Saya tak kuad sekarang. Mana saya pergi, saya akan teringatkan awak. Sampaikan bila pejam mata pada malam hari, air mata menitis tanda rindunya saya pada awakk.

Maafkan saya sbb selalu sangat menagis. Saya tak kuad. Awakk, saya nak kita dekat macam dulu. Dua tahun kita berpisah. Saya selalu fikir kesalahan saya meninggalkan awak dulu. Walaupun pergi saya untuk menimba ilmu. Tahniah awakk, untuk kerja keras awak. Gaji awakk sekarang setaraf orang diploma sayang. Awak mampu miliki apa yg awak inginkan. And soon, I will be yours! Masa tu tak kan ada yg dapat pisahkan kita lg. Saya pun tak perlu menagis lg. Kan awakk? Teruskan kerja keras awak tu. Biar di hina, asalkan awak mencari rezeki yg halal.

Awakk, andainya saya tak dapat laksanakan mimpi-2 kita bersama, maafkan saya. Ribuan ampun dan maaf saya untuk awak. Sbb kita manusia biasa, hanya mampu merancang. Tapi, di lubuk hati saya yg paling dlm ni, saya da jumpa bakal imam saya. Awakk tak alim. Tapi, Ustaz Azhar Idrus pernah ckp. Cari lelaki yg walaupun agamanya tidak seperti imam di Masjid, tp cukup jika dia mampu mengajar isterinya tentang mandi wajib yg sempurna, boleh mengaji dan tahu bab agama. Alhamdulillah, saya takk mencari seorang Ustaz. Cukup sekadar boleh menjadi Imam dlm setiap solat saya.

Ehem-2, saket tekak pula. Amacam? Jadi tak Erika nak berpuitis? HAHA kesedihan yg mendalam buad Erika mempunyai kekuatan untuk mencoretkan sesuatu di ruangan BLOG pink ini. Ye, saya menangis. Mengalir air mata ini tanpa henti kerana terlalu rindukan sang kekasih yg jauh dimata tapi dekat dihati. Ya Allah, jangan beri kami ujian dan dugaan yg tak mampu untuk kami tempuhi bersama. Cukup laa dugaan berpisah kerana tugas kami. Saya perlukan dia untuk terus tersenyum sepanjang hari.

Hairul Azuan Bin Abdul Halim, kau yg pertama untukku. Dan kau akan menjadi yg terakhir bagiku. Segala halangan dan dugaan akan kita hadapi bersama. Ye, untuk memenuhi impian kita mendapatkan dua permata hati. Yg akan mewarnai hidup kita. InsyaAllah, Allah merestui niat baik kita ini. Awakk imam, bakal suami, abang, kawan dan bakal papa kepada anak-2 saya. Saya akan laksanakan tugas saya mcm yg pernah kita bualkan dulu. Dan saya tahu, awakk akan tetap menjadi pelindung saya sampai bila-2 kan sayang? Saya akan tunaikan janji-2 saya. Assalammualaikum J

THANKS sbb membace :)

No comments:

 
This blog fully designed by THIS GIRL|Copyright© ceritalaradukaerika