Daisypath Anniversary tickers

MENCARI? :')



kenapa awak call sy?
kenapa msg sy?

AWAK, sy taknak ada apa-apa kaitan dgn awak lagi. pergi sana jauh-jauh! sy dah tenang skrg! dah tak sedih-sedih dah pun. jgn cari-cari sy lagi, jgn sampai sy BENCI awak! sy warning awal-awal dah kan? dulu awak buat sy, skrg sy balas balik. rasakan! bkn sy nak sgt balas dendam ni, tapi awak dah tersangat lar MELAMPAU! kenapa call and msg sy? nak terus lukakan hati sy? dah lar awak, biar sy cuba syg dan cinta org lain. selagi kita terus bersama, kita akan terus lukakan hati masing-masing! percaya lar, sy BOLEH bahagia 

Kita manusia, wajar mendapat BAHAGIA dan kasih syg. tapi sy tak pernah dpt pun tu semua. Ahahahaha :') hampir empat tahun, membosankan! Alhamdulillah, sy tenang dan damai skrg. mana tak nya, asyik tidur je. lupa semua masalah! HAHA bila bangun, lepak kedai makan lelama, gelak-gelak dgn kwn-kwn even tu semua senyum palsu dan terpaksa! demnit!  penatnya berpura-pura ni!

Thanks kwn-kwn yg selalu cheer up hidup akuu! kdg-kdg tu mmg teringat juga kenangan dgn dia. tapi apakan daya, bkn aku yg minta semua jd mcm ni. entah lar, ada jodoh InsyaAllah. tapi dah hampir sebulan mcm ni. tak lama lg jer monthly anniversary. then, lepastu tunggu lagi dua bulan, dah genap empat tahun! satu benda jer yg still dgn aku skrg. CINCIN! yes, tangan ni berat nak lepaskan dia. tiap kali tarik keluar, tiap kali juga tangan ni gatal-gatal sarungkan balik!


Mengenalimu 1 kenangan terindah hidupku,
juga buat diriku,
kau selalu ada untukku,
membuat hari-hari sepiku berlagu,
menyanyikan lagu-lagu rindu...

Aku tak bisa terus dgn mu,
kerana itu 1 seksaan bg ku,
teruskan hidupmu,
dgn gadis baru,
yg sering kau canang selalu...

Mmg sukar untukku,
melepaskan pergi dirimu,
kerana kau terindah dlm hidupku,
hanya kau satu,
teman terbaikku!


Berat sgt sy nak teruskan semua keputusan sy. sy tak kuat langsung! bila dpt msg awak, nak ignore tu punya lar ssh! HAHA pura-pura kuat, tapi tak kuat. pura-pura senyum depan kwn-kwn mcm takde apa terjadi. almost one month, aku buat hidup aku mcm takde arah tujuan. but, Praise To Allah! pelajaran masih okay dan aku harapkan yg terbaik sem ni! last jumpa awak time RAYA haritu. dah genap sebulan lar ek kita tak jumpa? RINDU? ala, baru sebulan, selalu tu tiga bulan lebih tak jumpa. GAGAH je aku, nages pun takk! *tipuuuu*

Okay lar guys, take my break for two days. nak balik Melaka! yahooo! lupakan masalah, jumpa makayah tercinta! rindunyaa dekat mereka! guys, doakan sy terus kuat tau? :D
Read More..
THANKS sbb membace :)

WOWW! :')



Okay, nampak tak gambar apa ni? yes! potpurri! HAHA for the first time buat kerja perempuan! err -.-' mcm hape tahh! assignment ni dpt before cuti raya haritu. then, seminggu nak submit, baru terhegeh-hegeh nak collect bunga! actually, masa awal-awal dpt assignment ni, malas jer nak buat! sbb terlampau perempuan sgt! aku ni dah lar kasar! sampai laki sendiri cari hat lain! demnit! tapi aku try chill like bodoh, buat jer lar kerja ni. bila nak kena submit tu, kena depan kwn-kwn and lecturer! kena GELAK okayy? lecturer ckp, mcm tong drum bekas aku! oooiiii patah seribu hati aku. but, aku suka! lantak lar dia nak ckp apa, mahal kot bekas tu aku beli. apa-apa pun, lepas submit tu. aku senyum bangga dgn diri aku. dari mula-mula niat tak nak buat, lastly aku submit jugakk! HIHI bangga! teramat bangga and I'm talking to myself 'nak kahwin nnt, bole lar buat potpurri sendiri as a gift to tetamu'. merepekk! kahwin apa nya? boyfriend pun tak dakk! :'(



Ni pulak, assignment kedua yg baru jer submit tadi! ALHAMDULILLAH, 5 minit jer aku ambil masa buat benda ni. lain pula dgn kwn-kwn yg lain. ambil masa setengah and more than one day! of course lar mereka punya lg GEMPAK dari aku kan? tapiiiiiii, aku BANGGA lg sekali dgn kerja aku, kerja perempuan GILA lar! errr, one of my friend said 'siapa yg buat press flower ni ambil masa 5minit jer, actually dia KREATIF' ! so nak ckp aku kreatif lar ni ek? hah! reaksi lecturer aku? kali ni dia senyum jer. mesti COMEL kan aku punya kerja tu? HIHI harap-harap dia tak tunjukkan dekat buat sem depan dan letakkan aku punya hasil kerjani sbg kerja tak berapa cantik! HAHA tadi kelas mcm biasa kat ladang, praktikal buat TERRARIUM! siapa tak tahu, pergi search dekat Incik Google yg Handsome tu! maaf lar dekat ahli-ahli group aku sbb rasanya mcm aku tak berapa nak tlg sgt kan? actually, aku nak tlg. tapi aku takut bercanggah pendapat dgn korg. idea kita lain-lain, aku tak nak keluarkan idea aku sbb korg budak pandai-pandai. apa lar sgt dgn idea aku ni. tu sbb aku kurang menonjol sikit dgn kerja melibatkan group ni. kan BEST kalau buat kerja ALONE! takde lar dorg terasa dgn aku ke apa ke. MAAF tau korang :)

Read More..
THANKS sbb membace :)

SYUKUR :')


ALHAMDULILLAH ! :)


Read More..
THANKS sbb membace :)

UNTUK KAU :')


surat cinta terakhir buat insan yg bergelar KEKASIH -.-


Hey peeps! Salam Maghrib semua.. nampak kan ayat di atas sekali tu? yes, surat cinta terakhir untuk si dia yg bernama Hairul Azuan. bkn tak nak tulis lg surat cinta untuk dia. tapi biar lar aku berhenti dari terus menyelubungi hidup dia. membiarkan dia bahagia dan aku teruskan hidup bersama-sama sisa cinta dia. walaupun berat untuk aku ungkapkan, tapi kini aku REDHA dgn ketentuan-Nya 

Dan melalui gamba selingan di atas, sy tahu awak akan merindui sy suatu hari nanti. even bkn skrg, tapi one fine day. hanya cepat atau lambat jer. apa yer sy nak tulis untuk surat cinta terakhir ni? actually, sy dah msg awak tadi. and for short, yer. sy akan tukar number hp sy, sy akan block awak di FB dan sy akan tukar link blog ni tak lama lg. maybe selepas sy tahu, awak dah pernah baca kesemua surat-surat cinta sy ni -.-

Bkn apa, hati sy dah terlampau tekad! tadi penat sy tunggu kot-kot awak ada msg sy. tapi HAPRAK! buat penat jer tunggu! and tiba-tiba terfikir, aku kena berhenti berharap! yes! so, aku on lappy yg sentiasa di sisi, setting lappy, tukar pass lappy, tukar everything yg berkait dgn dia and for sure, deleting our picture! it's I'm strong enough? Maybe soon! skrg, dah takde lg gambar-gambar kita bersama. walaupun dlm hp, semuanya sy delete! 

Sy tekad, sebelum ni hati sy pernah berkata. once I have that strong, firstly sy akan delete gambar-gambar kita. dan selepas itu, sy akan tukar number hp and lastly, sy akan pergi jauh dari hidup awak. skrg tinggal nak on number baru tu jer. actually, number tu tak berapa baru pun. dah lama simpan, tiba masa dia berkhidmat pula :)

Sy pun dah pesan mcm-mcm dekat awak. just sy tak ingatkan janji-janji kita jer. biar janji-janji tu MATI sepertimana matinya CINTA sy dekat awak. sy dah byk bg peluang, bkn awak je yg asyik beri sy peluang. sy ingatkan, bila bercinta dgn sepupu sendiri, tak lar rumit mcm couple dgn org luar. tapi sebaliknya terjadi. kuasa ALLAH, takde siapa yg tahu. hanya Fara je yg tahu kita sepupu, sbb sy yg bgtahu aritu. for sure, she was shocked! HAHA

Sy give up! sy putus asa, sy berhenti mencintai awak! sy stop semuanya skrg! hati sy dah terasa kosong sgt-sgt. teruskan hidup awak, jgn toleh belakang lg, sy sentiasa mendoakan awak. perginya sy bkn kerana BENCI, tapi sy tak nak rasa syg yg dah sy simpan terlalu lama ni bertukar menjadi BENCI dan DENDAM. tu jer, sy nak kita putus cara baik. pasal tunang tu semua, tak kisah lar. hanya mak jer yg tahu, and takde siapa lg yg tahu. biar lar musnah harapan sy nak hidup dgn awak. sbb ni jalan yg awak pilih. sy hanya mengikut telunjuk awak jer. semoga ALLAH merahmati kamu 


Selamat Berbahagia
-Nurul Syafika Ali-

Read More..
THANKS sbb membace :)

UNTUK ENGKAU :')


surat cinta kelima buat insan yg bergelar KEKASIH -.-


Untuk kesekian kalinya, sy mencoretkan sesuatu lagi buat awak. kerana? kerana sy tak pernah ada ruang untuk bercerita, meluahkan rasa dan berterus-terang dgn awak. bila sy nak luahkan rasa ygg dah lama terbuku ni, and sy tak tahu mcm mana cara nak meluahkannya, this diary have their solution. sy tahu, one fine day, awak akan buka blog sy. tapi tak tahu lar bila kan? HEHE as long as awak buka and baca, tu dah buat sy rasa sgt-sgt bertuah!

Actually, today for the whole day, sy takde kelas. happy kan? tidur pukul12 and pukul10 pg baru bangun. heaven! sbb bg org yg selalu sgt bermasalah mcm sy ni, mmg tidur lar jalan penyelesaiannya. okay, sorry. back to the story! tadi masa otp, suara awak lain sgt. kenapa yer? sy tahu ada benda yg awak sorokkan dari sy. berapa lama awak nak sorok? sy takut, bila awak dah lama simpan and rasa-rasa tak leh sabar, awak lepaskan dekat sy. sy tak nak mcm tu. kalau ada masalah, let me know!

Gambar selingan dekat atas tu, nampak kan? berpura-pura gembira bila tahu ada org ketiga dlm hbgn kita. itu sy, sakit sgt! tapi hari demi hari, sy jadi lali! sbb sy tahu, lama mana awak dgn sy, akhirnya hbgn kita akan putus jugak. sy tak minta, tapi one day or soon awak akan end up juga relationship kita. skrg ni awak buat sy tertanya-tanya dgn hbgn kita ni or dlm erti kata lain, awak gantung hbgn kita tak bertali! adil ke bg sy bila awak buat mcm tu? kalau tak nak lg, bgtahu. ni bkn jalan yg terbaik untuk awak pilih. tapi awak semakin mendera sy! 

♥ cintaku mmg lar tak seindah permta juga tak sehening kaca.. aku dilahirkan tidak sempurna, begitu juga kau.. jadi, terima lar aku seadanya, dan jgn lar kau memandangku sebelah mata.. kerana hanya sisi kekuranganku dan aku pasti, kau juga sepertiku.. hargai diriku seperti aku menghargai dirimu, kerana aku hanya lar insan biasa begitu juga kau 

♥ Tiada insan pernah terluka ketika bcinta.. dan tiada juga yg bahagia seumur hdup dia.. didalam derita terselit juga kebahgiaan dan disaat bahagia sesekali derita hadir menduga 

Ukhuwah itu mcm seutas tasbih. Di cipta untuk mengingatiNya. Ada awal tiada penghujungnya. Dibagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya. Kasih Allah Kasih Sejati, Indahnya Silaturrahim ♥ 

Awak, andai lar awak dpt memahami hati kecil sy, mungkin hbgn kita tak mcm skrg. sy sygkan hbgn kita. tapi jgn terus tipu sy! awak tak pernah nak hargai peluang yg sy bg tu. sy kecewa sgt-sgt! awak tak menyesal ke buat sy mcm ni? sampai bila awak nak terus lukakan hati sy? sampai bila? selama ni hidup sy hanya untuk awak. kenapa awak tak pernah sedar? :(



Read More..
THANKS sbb membace :)

UNTUK MU :')


surat cinta ke-empat buat insan yg bergelar KEKASIH -.-


Ye, muncul lagi warkah sy untuk awak. Maaf jika ianya benar-benar menggangu ketenteraman awak. Sy hanya perlu jelaskan beberapa pekara sebelum sy pergi. Yes! Pergi sejauh mungkin dari awak. Supaya awak BAHAGIA, sy perlu berkorban. Awak, sy tak tahu lar sy kuat ke tak. Tapi sy kena kuat! :(

Tadi sy online lagi. Awak still takk approve sy kat FB kan? Sedangkan awak yg remove and block sy. Tapi, sy yg kena add awak! Perlu ke mcm tu? Answer me please? Rasanya bila awak baca entry ni, terlambat dah awak nak explain semuanya dekat sy. Awak, pernah kan sy ckp kat awak? FB lar satu-satunya tempat sy nak tgk muka awak. Kita tak selalu jumpa, tiga bulan sekali. FB tempat sy tahu awak saket, gembira, gambar-gambar latest awak. Tapi bila awak block sy, hancur hati sy. Sy tak dpt tgk gambar terbaru awak. Tak dpt tahu keadaan awak. Terasa mcm sy ni bkn siapa-siapa lg da sygg. Sakit wak, merintih dlm diam sy bila nak hadapi semua ni!

Awak apa tahu? Senang-senang block sy. Sy tak kisah wak, tapi awak sekat semuanya. Awak faham tak apa sy rasa bila sy kena tgk wall awak melalui FB adik-adik atau mak sy? Semata-mata sbb sy nak tahu and rindu sgt nak jumpa awak. Kata org, kalau tak dpt jumpa org, tgk gambar pun jadi lar. Tapi, alangkah sedihnya sy! gambar pun tak dpt tgk. Sy rasa sy ni mcm org bodoh. Si tunggul yg tak bernyawa! Mmg sy nampak mcm takde perasaan! Hati kecil sy, takde siapa tahu, termasuk awak! 

Bagi awak, tu semua benda kecil. Tapi, benda ni semua buat sy mcm tak keruan! Baik tak pyh ada dari ada pun mcm takde! Faham kan apa sy maksudkan? Sy sygkan hbgn kita, seboleh mungkin sy pendam apa yg sy tak puas hati dgn awak. Tapi awak? Tiap masa cari salah sy, lepastu sy ni awak buat mcm SAMPAH! Tiap kali gaduh, sy BOSAN! Tapi Alhamdulillah, awak tetap kejut sy untuk Subuh. HAHA awk Subuh sekali tak? 

"cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti.. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti.." -Sayidina Ali Bin Abi Talib ♥

Mendalam kan maksud ayat ni? BENCI ke awak? Mungkin tak, sbb sy SAYANG awak! Sy nak kita sama-sama pulihkan hbgn ni! Tapi mana lar sy kuat, sy sorang jer yg beria-ia mempertahankan hbgn ni. Awak? Hanya tahu complain 'bg sy masa utk tenang'! Apa tu? Tenang ke awak bila buat sy mcm ni? Entah lar, awak fikir baik-baik. Sy akan jumpa BAHAGIA sy, tanpa awak. Jgn cari sy lagi. Bahagia awak dgn awek baru awak tu kan? Bagus lar, itu yg awak mahu selama ni -.-

Pesan sy, jaga diri. Jaga kesihatan! Jgn keluar sampai lewat pagi, nnt sakit mcm hari tu, takde sape pulak nak jaga. Awek baru awak tu belum tentu dpt jaga awak mcm sy buat. Harap dia bersabar lar melayan semua kerenah awak. Jaga dia baik-baik. Jgn layan dia mcm awak layan sy. Bercinta lar lurus di jalan ALLAH, semoga diberkati selalu. Akhir kata, sy tetap MILIK awak sampai bila-bila. Sy syg awak, Hairul Azuan!


Read More..
THANKS sbb membace :)

JANGAN! :')



jangan kau genggam dia terlalu kuat Erika sygg, belajar lepaskan genggaman tu perlahan-lahan. kau BOLEH! sampai bila kau nak terus genggam dia? hati kau tu dah kosong! takde apa-apa rasa untuk dia. mulakan hidup baru, senyum selalu! senyum tu penawar segala duka sygg.. -hati kecilku seringkali berbisik begini-

mengapa, tangan kau lepaskan.. setelah hatiku kau tawan.. sbbnya, aku terpaksa.biar lar aku undur diri. tak sanggup rasanya membiarkan diri ini dari terus disakiti. awak layak mencari BAHAGIA. sy doakan kebahagiaan awak :)
Read More..
THANKS sbb membace :)

UNTUK KAMU :')



surat cinta ketiga buat insan yg bergelar KEKASIH -.-


Maaf lar jika kedatangan warkah ketiga ini buat awak betul-betul tak selesa. tapi, melalui warkah yg diconteng di dalam diary online ini benar-benar dtg dari hati. terima kasih kalau awak membacanya sygg. and SOMEONE, please let him know about this post! yg selalu sgt jadi batu api dlm hbgn kami. teruskan, kalau kami berpisah suatu hari nnt, berjutaan terima kasih sy kpd pen-DENGKI tahap ANTARABANGSA ni. entah lar, Encik Hairul. sy tahu semuanya skrg. hidup kita, hbgn kita, semuanya dibelenggu org ke-tiga. yg tak habis menghasut dan menjahanamkan apa yg patut. big thanks guys! keep it up!

Stop about that. Coretan ini hanya untuk menceritakan segala yg terbuka di hati sy. bkn niat untuk menjaja cerita. bkn juga meraih simpati atau menjatuhkan seorang insan yg betul-betul sy cinta. tapi, ini kenyataan yg perlu kalian tahu! supaya, tak lg sy di benci, kena hina dan kena tuduh. sy nak jika hbgn kita betul-betul berakhir, biar lar terus menutup mulut-mulut org yg acapkali bercerita dusta!

Bila awak CURANG, sy juga dipersalahkan dulu. sampai skrg lar, awak tak pernah sedar diri awak. bila bergaduh, seringkali awak tuduh sy yg mulakan dulu. sy tahu, awak msg sy hanya untuk 'cukup syarat'! kalau bosan, msg. kalau tak, awak better keluar dgn kwn-kwn kan? kalau dulu, awak selalu marah jika sy terlampau lebihkan kwn. I can't syg! sbb antara kwn dan boyfriend, benda tu relate antara satu sama lain. bila kita on crisis, sy cari kwn. bila sy dan kwn-kwn on crisis, sy cari awak. so benda tu saling memerlukan. mcm awak skrg lar. bila gaduh, keluar mlm. even sy tahu, awak tak suka keluar mlm dulu. sejak DIA hadir dulu, keluar mlm tu dah jadi benda wajib awakk. pernah tak sy ckp dulu? org yg keluar sampai lewat mlm ni, bkn MANUSIA, tapiiii? fikir lar. awak ada AGAMA -.-

Skrg bila sy merajuk, sy yg pujuk diri sendiri. sy tak tahu lar, kenapa sy mcm ni? sy sunyi! sy tak tahu apa patut sy buat skrg. Ya Allah, beri kewarasan akalku ke tahap yg lbh tinggi supaya aku tidak menyakitkan diri sendiri! aku sedih bila madu yg aku bg, dia balas dgn tuba! patut ke awak bg sy balasan mcm ni? pernah tak awak duduk-duduk tu, awak fikir! siapa selalu ada dulu untuk awak? time awak ssh, time awak takde apa-apa lg. sedar lar HAIRUL! jgn jd mcm kacang lupakan kulit!

Sy dah dpt rasa, yg tinggal skrg hanya sisa-sia syg bercampur dgn BENCI. seriously, jika dua tiga hari ni awak masih lg mencabar sy, sy akan patahkan sim sy mcm mana patahnya HATI sy! sy dah bosan mcm ni. and utk pengetahuan awak, sy akan balas apa yg awak buat dulu! sy nak awak rasa apa yg sy rasa bila penantian sy, awak balas dgn sekeping GAMBAR! and trust me, awak akan jatuh mcm sy jatuh aritu. yes, sy kurang kesabaran skrg. semoga BAHAGIA awak, bkn dgn sy. sbb sy takut, lepasni sy akan beri awak derita! 

Betul ckp cousin awak, dendam tu tak bagus. tapi, sampai bila sy nak biarkan awak terus membelenggu hidup sy? puas sgt ke hati awak tu bila tgk sy down mcm skrg? awak, entry kali ni lbh kpd luahan perasaan geram sy kan? sbb hati sy dah mula BENCI awak. and sy simpan apa awak ckp dekat sy aritu. kalau sy ternampak awak dgn perempuan lain, sy ada HAK nak buat apa saje kat perempuan tu! big thanks and big love from me to you! HAHA dah dpt green light kan? perempuan tu dpt cket, awak dpt byk! fair and square! apa sy nak buat??? ada lar, awak try buat dulu. opsss! mmg dah buat kan? cuma aku tak nampak jer! whatever! jgn terkantoi BODOH mcm aritu pulak yer? nak hidup, kena BIJAK! ;)

Apa yg awak buat dekat sy skrg, SAKIT sgt. sampaikan bila dpt tidur, sy nak tidur jer! tak nak bangun-bangun! sbb bila bangun, sy terus ingat masalah. quite bored kan hidup sy? sy juga ke yg cipta ni semua? awak, andainya suatu hari nnt sy hilang. jgn cari sy! biarkan sy terus hidup dgn dunia sy sendiri. bila sy dah cool and jumpa ketenangan sy, sy JANJI sy akan cari awak! sy dah penat disakiti. tiba masa, sy akan undur diri. melihat awak BAHAGIA dpn mata, mmg sakit. tapi, bila awak bahagia, InsyaAllah. sy pun bahagia! jgn risau lar, biar kecewa skrg. jgn kecewa kemudian hari. and and, sy tetap nak ckp satu perkara. sy BAHAGIA kenal awakk. walaupun lbh byk pahit dari manis 

Salam Rindu
Nurul Syafika
Read More..
THANKS sbb membace :)

UNTUK DIA :')


surat cinta kedua untuk dia yg bergelar KEKASIH -.-


Awak, kenapa mesti berubah skrg? kalau sy tahu jd mcm ni, sy tak nak lar berharap lebih-lebih dlm hbgn kita. adakah anniversary yg tak lama lg ni, kita dah semakin baik? atau masih begini? tadi sy ada send 'text' kat awak. sy cakap 'walau BENCI sy setinggi KLCC, tapi percaya lar! suatu hari nnt, bila hati sy dah sejuk, sy pasti akan merindui awak' dan awak membalas 'ye, sy pun mcm tu sbb tu janji sy kan'. HAHA sound cute right?

Sebenarnya sy takut wak. sy takut, pengakhiran kita tak mcm apa yg sy harapkan. sy takut kita putus di tengah jalan. 4 tahun bkn suatu jangka masa yg pendek wakk! awak pun tahu kan sedara-sedara kita mcm mana? awak tak nak buktikan dekat mereka ke yg kita boleh pergi jauh! biar mereka berhenti buat cerita bkn-bkn! awak nak ke biarkan mereka terus FITNAH kita? sy dah tak sanggup dgr wak, telinga sy dah tuli dgn mereka. awak syg sy kan? buktikan dekat mereka wakk -.-

Sebenarnya kan, hampir setiap mlm sy menangis. sy tak tahu kenapa sy lemah sgt. betul wak, rasa semacam je. bila fikir pasal kita ni, sy sedih. tapi Alhamdulillah, awak selalu jugak text sy. kadang-kadang kita ada jugak 'otp'. tu semua buat sy BAHAGIA. walaupun hanya utk seketika. awak, kita sama-sama perlukan ruang masing-masing kan? satu pesan sy, hargai hati sy, yg sy bg seikhlasnya pada awak dulu. mcm gambar kat atas tu. kalau dah tak bole nak jaga hati tu, pulangkan yer. sy tak marah, hanya KECEWA jer!

Banyak dah awak berkorban utk sy, tak kisah lar kalau skrg awak dah bosan. sy tetap tunggu awak. awak nak masa untuk pulihkan semuanya kan? okay, sy bg apa yg awak minta. asalkan, berbaloi penantian sy ke awak. actually, sy ssh untuk mencari yg lain. bila FARHAN muncul, sy tak bg apa-apa harapan pun dekat dia. sy hanya pesan 'biar waktu yg merancang segala-galanya'. Hairul sygg, sy ssh untunk menyayangi dan mencintai org lain. biar sy jd yg terakhir utk awak! biar ramai perempuan yg awak dampingi, sy cuba untuk tidak cemburu. walaupun sy tahu, sy tak kuat untuk itu!

Ada ke sy berubah apa-apa skrg awak? kalau ada, tegur lar. sy tak marah selagi niat awak nak pulihkan hbgn kita ni. sy teringat pesan mak, jaga hbgn elok-elok. tingginya harap emak nak tgk kita BAHAGIA. entah lar, sy buntuuuu. tlg lar wak, sy nak satu kepastian je. hbgn ni patut diteruskan atau berhenti setakat ni je? bg sy jawapan yg sy minta tu boleh? sebelum sy undur diri, mengalah dan putus asa ;)

Read More..
THANKS sbb membace :)

UNTUK AWAK :')


surat cinta pertama untuk dia yg bergelar KEKASIH -.-


Awak, almost setahun kan kita guna panggilan 'sy dan awak' ni? semuanya jadi lepas awak ada dia dulu-dulu. tahun lepas lar kan? ingat tak, kita dah tak mcm masa awal-awal couple. berubah 100% lepas awak balik duduk Key Ell. sy tak tahu lar, mungkin ALLAH nak uji kita. tapi selalu sgt dah kita kena uji, sampaikan sy dah tak kuat nak teruskan hbgn kita ni. ye, sy mengaku! perasaan sy sama mcm awak skrg. sy terpaksa nafikan tu semua, sbb sy nak pertahankan hbgn kita. sy sygkan hbgn kita je. hati ni kalau nak ikutkan, mmg dah tawar sgt-sgt!

Sy dah penat sgt bila tiap-tiap hari kita bertengkar. awak tak pernah nak pulihkan hbgn kita. sebaliknya, awak lepaskan semuanya dgn cara 'text' perempuan lain. itu ke jalan penyelesaiannya bila kita on crisis? kenapa sy boleh setia, jujur dgn awak tapi awak tak boleh? kalau betul awak nak ada someone else, please let me know everything! btw, sy sgt-sgt bertuah sbb sy belum pernah mengenali dan berjumpa FAMILY awak. if kita break off, takde lar segan sgt kan? 

Awak ingat tak masa awal kita couple EMPAT TAHUN lepas? masa tu awak kena duduk kg temankan atuk lepas nenek awak meninggal kan? masa tu awak sunyi, sy tahu. mulanya kita ni asyik bertekak je kan? sy BENCI awak dulu. tak sangka pulak, jd SAYANG. itu cerita lalu, awak pun aritu dah cerita perihal kat kg dulu. actually, sy agak tergamam. tapi lepas awak ckp, awak tak pernah menyesal kenal sy, Alhamdulillah. tak kisah lar kalau awak tak betul-betul maksudkannya sekalipun. awak awak awak, ingat tak? dulu lepas sy abes sekolah je, mesti awak tunggu kan? hampir tiap-tiap hari lar. even weekend pun kita jumpa sbb sy pergi tuisyen kan? HAHA rindu time tu 

Lepastu, kalau awak ada duit lebih, mesti awak ajak sy pergi tgk wayang dekat Seremban kan? tak tahu lar awak ingat lg ke tak. first movie kita tgk, cerita X-Men. cerita tu tak best! sy lelap kat bahu awak. HAHA sy asyik tidur je. dalam bas pun tidur jugak, awak yg rajin tarik kepala sy kalau sy terlentok arah lain, and letak kat bahu awak. I miss every single moment with you syg! ALLAH je tahu mcm mana keadaan sy lepas awak balik Key Ell tu. apa yg paling sy takutkan, betul-betul jadi skrg. entah lar wak, kalau sy tak tinggalkan kg and pergi study dulu mesti hbgn kita still baik kan?

And baru-baru ni sy ada cerita pasal impian sy utk dua tahun akan dtg. tapi masa tu, sy tak nak awak duduk Key Ell lg. sy nak awak ada kat kg dgn sy, ada dekat sisi sy. and for short, got married lar! tapi awak tak nak. entah lar, cita-cita awak ada sana. sy punya cita-cita pulak kat kg. so mcm mana? tak boleh buat apa-apa lar kan? and masa kita cerita-cerita tu, awak ada ckp something. Ahahahaha! about married! and relate with *ehem-ehem* please think positive guys! start malam tu, sy JANJI yg sy tetap akan tunggu awak sygg 

Awakk, kalau diberi pilihan. sy nak koma atau hilang ingatan! sy tak nak fikiran asyik dibelenggu masalah! dgn keadaan sy skrg, sy tak kuat! awak ingat satu benda sampai bila-bila. kemana sy berlari, kemana sy pergi lepasni. pecaya lar! sy tetap akan kembali disisi awak, bersama awak. ada anak-anak dgn awak. sehidup dan semati dgn awak. sbb dlm hati sy hanya ada seorang je insan. yg bernama Hairul Azuan! ;)



Read More..
THANKS sbb membace :)

EXHAUSTED! :')

: to blogger and followers :

Hey peeppsss! Salam Maghrib semuaaaaa :) kenapa tah nak sgt update blog sejak akhir-akhir ni. terrrrajinnnn pulokk da -.-' maybe masa yg terlalu byk terluang kott. ahh! persetankan semua! ada kerja pun buad mcm takde jer, mcm tak tahu pulak Erika ni mcm mana! HAHA

Actually, badan sgt lar lemah-lemah plus lenguh sbb tadi ada kelass Madam Hunny! erghhh, ingatkan dismiss kelas sbb dinner punya pasal. tapi ada pulokk kelas dia. pergi lar dgn tak relanyaaaaaaaa! cangkul bkn utk diri sendiri punya batas, tapi untuk org lain jugakk! see? wajar lar kalau lenguh-lenguh badan tu kan?

Nak update apa, still tak tahu lg even da paragraph ke-tiga da! banyak sgt nak story, tapi tak tahu FOCAL POINT nyeee! ahh cerita je lar ek? pandai-pandai lar korg pahamkan sendiri. sebenarnyaaaaaa kan, hati ni SEDIH! tu yg main cangkul je batas-batas tadi. tak fikir apa da, dgn penganiayaan tak berpenghujung yg aku terima dr seseorang yg aku syggg. aku REDHA beb, if ni yg kau nak kan? aku faham!

Hati SEDIH sgtt! aku da banyak kali kot lukakan hati sendiri.bercalar-balar da hati aku ni if pergi X-Ray! krisis dgn si Dia yg masih tak berpenghujungg. idk why I can't be strong! I love him. let me know, if you already have someone else. jgn lar main tarik tali dgn aku. aku tak perlukan tu semua pun. aku perlukan KEPASTIAN! that's all! if you want to end up our relationship, okay! asalkan awak puas hati. teruskan permainan awak syg. kalau GAGAL, tolongggg jgn cari sy :')

Sy penatttt sgt AWAKK! awak tahu tak penad tu apa? awak tak tahu kan? awak buad sy mcm takde perasaan. almost three weeks dear! tak cukup lg ke semua ni? kalau nak PUTUS, cakappppppp! takpyh perli-perli mcm hape tah. ingat org takde perasaan ke? awak ingat sy ni nak tunggu awak je? nak tahu apa sy rasa sekarang? rasa BOSAN, tapi MEMERLUKAN! mungkin sbb sy ni rajin bercerita, nak selalu je msg and call. bila senyap, rasa bored! itu lar sy...

Tadi tghari kita okay je kan? awak pun terlepas ckp 'ilyt' dekat sy. tu lar, EGO tinggi sgt. tapi sebelum maghrib td kita gaduh! kenapa ek awakk? sy try sabar, cool je bila awakk main-main. entah lar, tadi mmg sy da takleh sabar. kalau da betul-betul ada pengganti, tlg bgtahuuuu! then, tak perlu lar awak nak ulang-ulang ckp benda yg sama banyak-banyak kali! ingat sy kisah sgt ke awak ada BETINA lain? tgk je lar berapa lama BETINA tu tahan dgn perangai awakk! seriously, lama-lama org pun muakk lar!

Kepada awakk yg sy CINTA dulunya, ruang utk kita pulih mcm dulu mungkin takde lg da skrg. awak yg pilih jalan mcm ni kan? sy ikot je permainan awakk selama ni. tapi sy penatt sgt skrg. sy STOP dulu. stop utk semuanyaa. stop dari terus MENCINTAI, MENGHARAP dan sebagainyaa! bg awak, 4 TAHUN kita bersama tu suatu jangka masa yg singkat. awakk HEBAT sbb MENCUBA utk mengenali BETINA lain, dan belajar untuk mempunyai EGO yg terlalu tinggi tu. tahniahh, berjuta-juta ucapan terima kasih sy kat awakk sbb berjaya MEMPERMAINKAN hati dan perasaan sy. percaya lar, ssh sy nak lupakan kenangan terindah antara KITA 

Syg Selalu,
Nurul Syafika
Read More..
THANKS sbb membace :)

AKU BERALAH :')

: to blogger and followers :

HEY peeps! sihat tak? *eh eh, tanya org pulak. kau tu sihat ke erika? me? Alhamdulillah, I'm in the pink of health* tiputipu jgn percaya ckp dia! eh apa nieee? aku SIHAT lar! okay mengaku, aku terpaksa tiputipu haritu je tak sihat, skrg da semakin okay. maybe haritu byk fikir kot. idk, byk fikir pun jadi masalah. Then now, back to the topic!

AKU BERALAH? binatang apa tu? perkataan ni, btw seringkali diungkapkan oleh seseorang yg kurang kasih sayang! aku kurang kasih sayang? dafact! HEHE kurangnya kasih sayang dr insan yg bergelar KEKASIH atau dlm bahasa omputih, BOYFRIEND! okay, FAHAM? kenapa tiba-tiba beralah? mesti lar kena beralah dlm erti kata lain, oi mengalah lar! org dah taknak, kau nak kejar buat apa? penat lar wei! bongokkss! sape ckp cenggitu kat aku, aku tepokk kepala dia! 

back to that title, byk sgt merepek da ni. kini tiba masanya mungkin, membiarkan dia sepi tanpa apa-apa khabar indah atau buruk dari seorang insan yg bernama Nurul Syafika comel kepada seorang insan kacak bernama Hairul Azuan. sometime, we as a human need time and space to release our tension also stress. mungkin dia mahukan sebegitu, tapi aku yg tak memahami. setelah memaksa dia pagi tadi, dan dibalas dgn jgn paksa saya now, I realise! kenapa perlu paksa dia? dia kan dah besar, biarkan lar dia!

start from now and onwards, sy pun perlukan ruang sendiri. memikirkan masa depan yg CERAH tanpa dia, tanpa cinta dia, tanpa semangat dari dia dan mcm-mcm lg yg dtg dari dia! kuat ke kau erika? kuat ke tak, kita belum cuba kan? tapi apa yg aku rasa skrg, aku rasa senang, lapang. berkat doa mungkin, aku dpt apa yg aku nakk. ALHAMDULILLAH, awak jgn lar risau apa-apa pasal sy. sy KUAT! :'( eh kuat perlu ke buat muka sedih? 

anddd! time for Laurier Mood had come! selalunya, I got a small pain. especially at my stomach! tapi pelik, takde pulak. tak perasan pun bila dia dtg, don't give me any sign of sickness. mungkin Cik Perut tahu kott, lepasni takdak sapa dah nak mai berjaga mlm teman dia, bebel-bebel mummy dia. tgk awakk, perut sy pun tahu KEHILANGAN awakk. SEDIH? sapa tak sedih oii. tapi tapiiiiiii, kena la kuatkan diri. nak kasi manja-manja tiap masa pun tak guna. mlm ni kalau Cik Perut sakit, tak tahu la mcm mana dgn mummy. da lar mummy kena buat drawing! padan muka mummy! buat keje last minute! 

drawing engineering? haritu sir SHH ada lar berkata. barang siapa yg berminat akan subject ini, digalakkan utk menyambung ke Civil Engineering! hahhhhh! aku minatt! tapi dok dlm mimpi ja agak gila lar aku nak amek apa-apa yg berkaitan LCP! ambil subject ni pun sbb TAK PERASAN! apa-apa pun, try the best lar mlm ni. harap tak mengada-ngada lar Cik Perut ni. kalau mengada-ngada jugakk, TERpaksa lar call daddy dia! tebalkan muka


...kepada si KACAK ini, ambil lar berapa byk masa yg awakk nak, sy tak
 kisah da. awak mungkin tahu apa yg terbaik utk KITA. jgn risau, 
SAYA TUNGGU AWAK,
 takkan senang-senang sy berpaling kpd yg lain, percaya sy okay? btw, sy betul-betul rindukan awak. SEDIH? AIR MATA? benda tu semuanya biasa bg sy. 
awakk jaga diri okay? jgn nakal-nakal, jgn curang! doa sy sentiasa mengiringi hidup awak. bahagia awak, bahagia juga sy...

Salam Sayang
-Nurul Syafika-

Read More..
THANKS sbb membace :)

SAYA RINDU SEMUAA :'(

: to blogger and followers :

Actually sgt-sgt busy. But I can't pretend that I'm strong enough! I need Him, to complete me for all time. Only Allah knows, it hurts me so much! When I need someone be behind me, no ones can give the strenght! But, they give me pain! Include youuuu!

Why must this time? You know darling, someone that I need most, had some crisis with me. I don't know why, but actually it's all my fault... Awak, jika ada satu lg peluang utk kita bersama semula, mcm dulu-dulu, akan sy hargai tu semua. Kalau tahu sakit begini, takkan sy bermain dgn api. Tapi satu je sy dan awak kena tahu, Dia kat atas tu tgh uji kita. Samada kita kuat atau tak je hadapi benda ni semua. Sy mmg takk kuat, ye! Sy mengakuu, sbb sy takk kuat la sy jadi mcm ni. Sy takk sedia lg wakk!

Ambil la seberapa byk masa awakk nak. Satu pinta sy, jgn pernah tinggalkan sy. Sbb sy takk tahu nak hadapi mcm mana lg. Alhamdulillah, berkat doa. Awak da okay. Sy harap awak takk simpan apa-apa dendam kat sy. Kalau peluang utk sy berubah tu masih ada, sy akan manfaatkan dgn sebaiknya..

Hairul Azuan, sy tahu sy byk silap. Byk khilaf, sampaikan awak buta utk menilai apa yg pernah sy dan awak lalui bersama. Kalau kita berbaik balik, sy akan cuba jarakkan diri dr awak. Bukan sbb apa, sy tak nak awakk bosan. Cukup la lepasni jika awak sentiasa ada bila sy nak bercerita. Awak pendengar yg setia bg sy. Thanks awak, kalau ni pengakhiran kita. Sy redha! Allah tetap ada walau awak tiada. Harapnya awakk bahagia dgn pilihan awakk. Sy bahagia jika awak pun BAHAGIA! 

Thanks for being a part of my life. For 3 Years 9 Months and 1 Weeks! Even byk pahit dari manis, tapi sy tahu. Awakk bkn seorang yg memperlihatkan kemanisannya sekarang. Mungkin kahwin nanti? InsyaAllah, sy tunggu awakk. Sbb tu janji-janji sy. Janji-janji awak? Awakk sendiri ingat la. Sy seorang yg menepati JANJI. Awak? Itu antara Awakk dgn ALLAH. For what I had through with you, I thank to Allah. Sbb beri ruang pada sy utk mencintai dan dicintai..

Last word, take care. Jika awak tiada utk sy, maka tiada lagi la sy utk awakk. Kalau selsema, makan ubat. Jgn hembus-hembus sgt. Lepasni, bercintalah lurus dijalan ALLAH supaya berkat perhubungan. Sy sayangkan awakk Hairul -__-
Read More..
THANKS sbb membace :)

PERGI SAJAAAA :')


Terima kasih utk luka yang kau beri
Ku tak percaya kau telah begini
Dulu kau menjadi malaikat di hati
Sampai hati kau telah begini

berkali-kali kau katakan sendiri
Kini ku tlah benci, cintaku tlah pergi

Pergi saja kau pergi, tak usah kembali
Percuma saja kini hanya mengundang perih
Cukup tahu ku dirimu, cukup sakit ku rasakan kini

Janji yang selalu ku ingat hingga mati
Kau setia hingga ku kembali


Pergi saja kau pergi, tak usah kembali
Percuma saja kini hanya mengundang perih
Buang saja kau buang cinta yang kemarin
Perasaan tak mungkin percayamu lagi

Cukup tahu ku dirimu, cukup sakit ku rasakan kini

Pergi saja kau pergi, tak usah kembali
Percuma saja kini hanya mengundang perih
Buang saja kau buang cinta yang kemarin
Ooo percayamu lagi
Tinggalkan saja diriku, semua kan percuma
Cukup tahu ku dirimu, cukup sakit ku rasakan kini....

...tapi sy tak kuat lg sekarang. how can I live without you? selama ni,
hanya awak yg sy ada. kenapa mesti tinggalkan sy lg? kenapa 
awak tak bole terima kelemahan sy sepertimana
sy terima kelemahan awakk? mana janji-janji awakk syg?..
Read More..
THANKS sbb membace :)

HARGAI AKU :')


Specially dedicated to my LOVE ones, Hairul Azuan Bin Abd Halim :)

Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua

Cuba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Cuba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Cuba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku.....

...sakitnya bila kekurangan diri sering menjadi topic perbalahan 
antara kita. mungkin awakk akan sedar suatu hari
nanti, sayanggg...

Read More..
THANKS sbb membace :)

IT'S OVERRR! :')

: to blogger and followers :

Peeps! Erika nak bersastera buad seketika boleh takk? HAHA tengok erkk mcm mana Erika nak bersastera tu ;p

Setelah dua tiga hari menyepi,
Kini aku kembali,
Kembali untuk menconteng sesuatu didinding ini, 
Sesuatu yg merobek hati,
Yg kini semakin sepi.....

Bermula dgn terasa hati,
Kini semakin menjadi2,
Lebih parah bila digantung takk bertali,
Dibiarkan sendiri,
Saat diri ini mencari semangat yg pergi....

Dituduh tanpa bukti,
Dimaki, dihina dan dicaci,
Sangat sakit sekali,
Dibiarkan sepi tanpa dpt membela diri,
Terasa kosongg diri ini....

Masih ku simpan pesananmu yg bersaki baki,
Lebih byk kata-kata caci,
Buad aku semakin lupa siapa kau disisi,
Yang dulu setia berjanji,
Sehidup dan semati....

Apa salah kami?
Berapa lama hendak begini?
Peluang tu patut diberi,
Jika kau seorang yg menepati janji,
Janji utk terus menyanyangi diri ini....

Layakk ke aku dihukum sebegini?
Siapa yg paksa awak jd kejam begini?
Kenapa mesti kini?
Pernah tak kau tilik dulu diri sendiri?
Sebelum kau menghukum diri ini.....

Katamu aku, 
Memalukan dirimu,
Merunsingkanmu,
Semuanya khilafku,
Tanpa satu pun khilafmu...

Jika diari ku ini masalah bagimu,
Akan aku hilangkannya dari pandanganmu,
Utk menghapuskannya amat sulit bagiku,
Kerna bagiku,
Inilah satunya tempat meluah segala rasaku...

Hanya satu pesan aku buatmu,
Pergilah membina hidup baru,
Tanpa aku,
Lupakan semua apa yg kau tabur dulu,
Inilah takdir untukku.....

Jangan risaukan aku, 
Aku bahagia melihat kebahagiaan mu,
Walaupun itu semua palsu,
Tapi aku perlu,
Pergi dari hidupmu...

Tak sanggup lg aku,
Menjadi hamba utk kamu,
Yg seringkali kau jemu,
Dan menjadi bahan utk keluargamu,
Inilah balasan untukku...

Ku korbankan segalanya utkmu,
Hanya kita berdua yg tahu,
Mulanya kita saling memerlu,
Tapi mestikah aku dibalas kau sebegitu?
Yg aku perlu hanya perhatianmu...

Bkn aku pandang duitmu,
Kerna aku tahu,
Aku lg mampu dari dirimu,
Andai ini takdir untukku darimu,
Aku pasrah seumur hidupku...

...Walau hati tengah berduka, akan ku kuatkan semangatku, utk terus 
hidup tanpamu disisi, kerana bg aku, selama ini
aku mmg seringkali kau biar sendiri...


Salam Sayang,
-Nurul Syafika-

Read More..
THANKS sbb membace :)

KEKELIRUAN -.-'

: to blogger and followers :

Hye peeps! da breakfast? Actually nak update something yg rasanya belum jadi kenyataan, tapi hampir la kan. Untukk pengetahuan kalian2 semua, InsyaAllah bulan 5 next year, Erika nak pergi Praktikal da. So, lg berapa bulan je. Sekarang, pejam celik pejam celik je. Masa sekejap je berlalu. Btw, tu mmg tanda2 kiamat lar kan? HUHU btw, stop talking nonsense Erika. Straight to the point. Sebenarnyaaa, kita nak beli motor untuk pergi praktikall nnt. Makayahh da setuju nak belikan motor. Best la if kita jadi student ni. Apa kita minta, semua akan ditunaikan. Mana kita nak pergi jugakk, kita dpt pergi. Am I right guys? 

So, makk suruh survey la mana2 motor yg berpatutan tu. Erika request Ego S je. Tapi bila cerita dgn hubby, dia suggest suruh ambil Ego LC or Nouvo LC je. Sbb apa tah, dia ada terangkan. Tapi malas nak dengar, LELAKI. Pasal motor, semua benda tahu. So tadi, Erika try survey dekat google about harga and colour semua bagai. Talking about price. Hampir sama kot dgn LC135 hubby. Kalau ckp dgn makk, mana yg makk nak? Kalau Erika jd Mak, better amek terus LC135. Opppss! lupa la, takleh! Sbb hubby nak bg motor dia tu kat Erika, lepas settle payment 6 bulan ni. Ouhhh, demit! Keliru gila da ni -__- anyone? Help me please?



Read More..
THANKS sbb membace :)

3 TAHUN 9 BULAN :)

: to blogger and followers :

Actually, tak tahu nak update apa. Tapi nak cakap yg kami sudah melangkah ke 3 Tahun 9 bulan. If Allah will, kami nak terus kekal hingga ke fasa2 seterusnya, dan kalau boleh, sampai bila2 lah :)

Selama ni, hubby mmg lelaki yg terbaik bg Erika. Entah lah, kadang2 mata ni, salah silap cket je nak melenting. Kepala hotakk ni pulak, dok pikiaq bkn2. Tu yg conflict, fighting, merajukk sume bagai. Haiiaahh -__- lumrah manusia mmg begitu kot, Erika pun tak tahu. Seriously, bila fikir. Mmg Erika ni agak keras kepala SEDIKIT. Takde lah byk sgt pun. btw, before terlupa. Aritu, ada tweet pasal nak get Engaged. Positive respond from friends and family. Makk okay je, tapi ayahh tak tahu lg. Byk benda yg makk pesan. Thanks Makk, sbb restu angah dgn hubby!

Tapi, berlainan pulakk dgn akak Erika. I don't know why. Tiba2 je dia text and ckp 'kau da betul2 sedia ke nak bertunang?' and I said 'YES, I am'. Lama da kot Erika tunggu saat2 ni. Alhamdulillah, benda yg baik semakin perlahan2 di PLAN. olehh hubby, utk Aku. HEHE then, my sis cakap lg 'bole kek Erul layan semua kehendak kau? makan, pakai kau? baju harian yg kau pakai pun standard Blue Toms yg beli kat Parkson. Dgn makan kau, Sushi King, Kenny Rogers, KFC, MCD, Pizza? mampu ke dia?' and of course Erika jawab 'Aku nak kan dia bkn sbb apa2, bkn jugakk utk dia tunaikan apa semua nafsu aku tu. tapi aku nak dia selalu ada utk aku. ada sbg yg HALAL, bole aku nages kat bahu dia kalau aku ada masalah. cukupp tu'. 

HAHA sweet tak ayat2 Erika? Even Erika ni agak boros, tapi percaya lah! semua tu masih bole di control lg. Nafsu je semata2, hubby masih mampu tunaikan apa yg Erika minta buad masa sekarang. Itu pun da terlebih cukupp! HEHE bahagia bila berdua. Lg bahagia jika dia jd yg HALAL buad Erika -__-

Pesanan Untuk Awakk Encik Hubby :
  • Thanks utk 3 Tahun 9 bulan ni. Sy bahagia lg buad masa sekarang. Semoga kebahagiaan ni kekal milik kita berdua sampai bila2. ILY for who you are. And thanks for being a part of my life. Remember what we had promise before? I only belong to you, same goes to me. Please trust me, and don't stop loving me yeahh?
ni hubby KITA. jgn RAMPAS dia! :D

Read More..
THANKS sbb membace :)

 
This blog fully designed by THIS GIRL|Copyright© ceritalaradukaerika