Daisypath Anniversary tickers

KALAU LAHHH :')

Views
fuhhhh fuhhh fuhhhh !!!

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim sebagai pembuka kata. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk terus hidup di bumi yg fana ini dan masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Selepas sekian lama menyepi dan blog ni pun semakin berhabuk-habuk, harini aku dtg menjengukk! HAHA memberi sedikit nafas dan azam baru. Ye, belajar untuk mematangkan diri seiring dgn umur yg bakal mencecah 20 tahun, bulan hadapan. Belum terlambat dan terlalu la awal untuk aku ucapkan, Selamat Datang November! Banyaknya harapan untuk bulan ni. Most of my wishes ada sentence yg tahu if they follow me on my twitter :) *rugi tak follow kita tauu*

Actually byk sgt nak cerita melalui entry kali ni. Tapi kita rujuk tajuk entry ini ye? Hee. Hidup kita ni banyak main dgn perkataan 'kalau lahhh'.. HAHA baik mengaku, sape yg selalu guna perkataan tu! Apa yg kita dah buat, something that had been pass, we can't go back right? Sama la dgn terlajak perkataan, terlajak perbuatan. Tapi bagi aku, itu lumrah kita sebagai manusia. Tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Let's see apa yg aku selalu guna perkataan 'KALAU LAHHH' -.-

  • Kalau lah aku tak couple dgn dia dulu, mesti tak jadi mcm skrg.
  • Kalau lah aku tak bercinta dulu, takde lah hati aku selalu sgt terluka.
  • Kalau lah aku belajar rerajin dulu, aku dpt capai cita-cita aku.
  • Kalau lah aku tak rapat sgt dgn dia *kawan*, aku tak kecewa.
  • Kalau lah aku tahu, dia bukan utk aku, awal-awal lg aku tinggalkan dia.
  • Kalau lah aku matang sikit aritu, takde lah aku rasa mcm skrg.
  • Kalau lah masa dpt diputarkan, aku takkan lepaskan dia.
  • Kalau lah diberi peluang lagi, aku nak jd anak yg SOLEHAH.

Itu serba sedikit apa yg selalu aku mengomel menggunakan perkataan tersebut. But I trust on one thing. Setiap apa yg berlaku, ada hikmahnya. Kita patut bersyukur sbb masih diberi peluang untuk memperbaiki diri. Same goes to me, byk sgt benda yg aku kesali skrg. Tapi apa aku buat, hanya mampu sujud tiap saat aku jatuh tersungkur. Ye, mmg aku lemah dlm percintaan. Bagi aku, sekali aku mencuba untuk jatuh cinta, aku akan sakitkan hati aku sendiri. Benda ni benar-benar terjadi skrg :)

Even aku nampak kuat dan tabah, hati aku sendiri yg rasa mcm mana terseksanya bila 'digantung tak bertali'. Menjaga hbgn yg tak tahu penghujungnya mmg agak sukar. Jika dia mengerti ttg hati aku, mesti dia tak buat aku mcm ni kan? Ya Allah, kuatkan aku untuk kali ni ! November bulan yg paling aku geruni. Ye, setiap tahun selepas aku ke alam DIPLOMA. Most of my final exam started on this month. Kalau dulu, bulan November paling aku tunggu. Sbb apa? YES ! Birthday hubby. Skrg? tak lagi. Lama dah aku rancang November this year, aku nak celebrate birthday dia. Sbb this year, genap hubby 23years that jatuh pada 23hb. Tarikh yg sgt sweet and umur dia pun sweet !

Apa yg jadi skrg, aku rasa tak berdaya lagi dah. Aku mcm patung yg takde perasaan jika dicampak di tengah-tengah jalanraya. Untuk hbgn yg hampir 4thn, mungkin kah sampai sini je? aku tak tahu, aku tak mampu nk bg jawapan itu. Aku mcm pesalah yg hanya menunggu hakim menjatuhkan hukuman. Sampai bila awak nak buat sy mcm ni? Sy tahu, sy bukan yg terbaik untuk awak. Tapi, semua manusia takde yg sempurna. Awak sendiri pun pernah ckp benda yg sama dekat sy..

Awak ckp 'sy BOSAN'. Kenapa mesti bosan? Kalau baru je hbgn nak jejak 4thn awak dah ckp bosan, mcm mana lepas kahwin? ada anak? Kita bkn bersama untuk jangka masa pendek, tapi untuk selamanya till Jannah ! Awak tak fikir ke tu semua? Salah sy juga, terlalu mengharap untuk hbgn kali ni. Tapi sy agak musykil dgn diri sy. Kenapa sy tak pernah bosan dgn awak? Kenapa sampai skrg sy masih tertunggu-tunggu tiap msg and call awak? Awak ckp, awak tak pernah tinggalkan sy. Tapi apa maksud awak? Msg sy tanya kabar pun awak tak pernah buat. Penipuan apa ni? Awak hanya tahu zahirkan kata-kata. Tapi batinnya? Awak berdusta !

Silap sy sbb tergesa-gesa beri peluang KEDUA untuk awak, tapi fikirlah. Andai kata suatu hari nnt ditakdirkan awak dtg masa sy tengah kecap kebahagiaa, kejayaan. Masa tu, layak tak awak minta peluang dari sy lagi? Sy try buang semua prasangka buruk sy dekat awak. Sy tak nak hati sy belajar mem-BENCI awak. Awak, maaf untuk segal-galanya. Apa yg sy rancang untuk birthday awak kali ni, hancur lebur mcm tu je, mcm mana hancurnya HATI sy. Anniversary kita? Awak fikir yg terbaik. Lepas apa yg jadi antara kita mlm semalam, akan sy kenang sampai bila-bila. Msg awak tu sy simpan *menangiss*

*sambil kesat airmata* Sy harap awak bahagia. Banyak dah hati sy terluka syg. Dulu awak curang, awak tipu sy. Sy masih maafkan awak. Tapi dgn satu je msg awak semalam, betul-betul merubah segalanya. Maafkan sy untuk hal sekecil zarah, sebesar kuman sekalipun. Hutang budi dibawa MATI, ingat tu. Sy MENYESAL pernah ada dgn awak masa dulu. Bahagia? TAKK ! banyak DERITA. Berhenti dari menyakitkan hati perempuan wak, jgn sentiasa ingat awak selalu ada diatas. Sesekali tu, cuba tgk orang yg berada dibawah -.-

raya 2012

gambar terakhir yg di-upload

Ini sahaja coretan kali ini, ketemu di next entry. InsyaAllah, doakan sy untuk first paper on this 5 November 2012. Doakan juga supaya masih diberi kewarasan akal, ketajaman fikiran dan kematangan diri. Harap korg buat yg terbaik untuk masa depan. Salam Sayang dari aku, Cik Nurul 

Yang Menulis,
-Cik Nurul -

THANKS sbb membace :)

No comments:

 
This blog fully designed by THIS GIRL|Copyright© ceritalaradukaerika